Nadi X Mahir: Mahir Masak Minggu 2
20 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2026 bersamaan hari Isnin, Mahir Masak Minggu 2 telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai peralatan dan kemudahan dapur yang disediakan di NADI, di samping menekankan kepentingan amalan kesihatan dan keselamatan serta kefahaman terhadap format tugasan dalam kursus Mahir Masak.
Aktiviti Utama:
1. Penerangan berkaitan mesin dan peralatan dapur yang digunakan dalam program Mahir Masak di NADI
2. Penerapan amalan kesihatan dan keselamatan semasa berada di dapur serta ketika menyediakan makanan
3. Penjelasan mengenai format tugasan yang perlu disipkan oleh peserta sepanjang kursus
4. Penerangan ringkas berkenaan kandungan kelas Minggu 3 yang melibatkan penyediaan mocktail dan kopi
5. Demonstrasi asas cara penyediaan sugar syrup sebagai bahan penting dalam minuman
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami persekitaran pembelajaran kursus Mahir Masak, menguasai pengetahuan asas keselamatan dapur, serta membuat persediaan awal sebelum memasuki sesi pembelajaran praktikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: